Thursday, December 2, 2010

PLATEAUS ATAU PENURUNAN BERAT BADAN YANG MENDATAR.

sambungan....

10.KANDUNGAN KARBOHIDRAT YANG TERLALU RENDAH

Fahamilah konsep ini dengan tenang kerana ini adalah salahsatu paradox atau perkara yang bertentangan dengan konsep yang biasa anda faham tentang diet protien atau rendah karbohidrat dan mungkin bertentangan dengan naluri yang biasa anda ikuti ketika berdiet SD2. Namun begitu, saya pernah melihat perkara ini berlaku beberapa kali bagi orang yang berdiet SD2.

Terdapat beberapa kes yang berlaku dimana orang menulis kepada saya bahawa penurunan berat badannya berhenti apabila mengambil karbohidrat kurang dari 20 gm sehari, dimana mereka berjaya menurunkan berat badan mereka semula apabila meningkatkan makanan karbohidratnya sehingga 40 gm ke 50 gm sehari.

Salahsatu kemungkinan yang boleh kita terangkan akan phenomena ini adalah hasil kajian Dr. Diana Schwarzbein, (lihat topik Schwarzbein Principle) yang mengutarakan bahawa memakan terlalu rendah karbohidrat akan menyebabkan paras adrenalin dan cortisol yang tinggi yang akhirnya akan melambatkan penurunan berat badan juga.

Walaupun senario ini tidaklah betul untuk semua orang, jika anda merasakan bahawa anda kerap mengambil karbohidrat yang terlalu rendah dan penurunan berat anda masih mendatar, maka sewajarnya anda mencuba meningkatkan sedikit karbohidrat anda dan lihatlah kesannya pada diri anda.

Semoga anda berjaya didalam percubaan ini.
















11.ANDA MELALUI FASA PENYESUAIAN DIRI


Kita harus faham bahawa apabila ia bersangkutan dengan penurunan berat badan, makan badan kita akan berfungsi seperti kitaran maklumbalas pada sebuah thermostat.

Badan kita memerlukan satu fasa penyesuaian diri dengan fungsi-sungsi yang bersangkutan terhadap jumlah makanan dan jenis-jenis sumber tenaga yang ia dapati; sama seperti sebuah thermostat yang perlu berfungsi mengikut kesesuaian suhu udara didalam sebuah bilik. Dengan itu, cara tindakbalas badan kita berfungsi untuk perubahan yang baru ini juga tidak sama untuk semua orang. Ada badan yang lebih peka dan ada yang lambat untuk bertindakbalas.

Sekiranya kita mengubah tahap aliran permulaan atau "set point" yang baru pada badan kita, maka ia akan berlaku secara beransur-ansur dan bukan sekali gus. Apabila berat kita mendatar pada tahap yang sama dan tidak turun selama beberapa hari atau beberapa minggu maka ini mungkin disebabkan badan kita perlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri pada aturan yang baru.

Sekiranya anda tetap menjaga diet anda dan tidak berputus asa, akhirnya berat anda akan turun semula dan jarum penimbang juga akan mula bergerak kearah penurunan yang anda idamkan.















12.ANDA MENGALAMI KEKURANGAN ZAT MAKANAN

Ini adalah bahagian terakhir tentang kemungkinan diantara sebab-sebab berat anda turun mendatar.

Kita harus faham bahawa dari segi keperluan biologi, manusia boleh hidup tanpa karbohidrat. Kekurangan zat makanan adalah bukan disebabkan kita kurang memakan karbohidrat tetapi kekurang zat makanan kita adalah disebabkan kita masih lagi kurang memakan makanan lain yang boleh kita makan.

Kekurangan dari sebahagian zat makanan bolehjadi mengganggu kelancaran kitaran pembentukan tenaga didalam badan kita. Apabila ini berlaku, ia akan menyebabkan anda tidak membakar lemak dengan secara optima.

Jika anda merasakan ini adalah penyebab berat anda tidak turun, maka sekurang-kurangnya tambahlah didalam makanan anda suplemen multivitamin dan mineral yang bersesuaian. Namun begitu, kita perlu juga beringat bahawa ini adalah langkah pencegahan yang pertama, tetapi anda juga berkemungkinan memerlukan lebih dari itu.

Sebagai contoh, didalam penulisan Medical Hypotheses, Dr. L. H. Leung telah mencatitkan bahawa diatas sebab-sebab yang tidak diketahui sepenuhnya, dia telah membuat ujikaji dan mendapatkan banyak kejayaaan untuk pesakit menurunkan berat badan dengan hanya menambah "asid pantothenic" didalam makanan mereka. Asid pantothenic juga dikenali sebagai vitamin B5. (Sila lihat L. H. Leung, "Pantothenic Acid as a Weight-Reducing Agent: Fasting Without Hunger, Weakness and Ketosis," Medical Hypotheses 44, no. 5 (May 1995): 403 - 405.) Nutritionist Barbara Marquette, M. S., yang mengajar terapi zat pemakanan (nutritional therapeutics) di University of Bridgeport program sarjana didalam nutrition juga telah membuat ujikaji serta mendapat kerbersanan baik yang sama.

Ini mungkin disebabkan oleh kesan asid panthotenic yang berkaitan dengan kelenjar adrenal. Walau bagaimanapun, ini adalah sebagai contoh sahaja dan bukanlah jawapan serta langkah untuk anda lakukan sehingga anda tahu penyebab sebenar masalah anda. Terdapat banyak lagi jenis-jenis vitamin dan mineral yang boleh menghalang penurunan berat yang optimal jika badan anda kekurangan bahan-bahan tersebut.

Didalam topik yang selanjutnya, kita akan berbincang berkenaan cara-cara bagaimanakah kita boleh memecahkan masalah plateau ini.




No comments:

Post a Comment