Thursday, December 2, 2010

PLATEAUS ATAU PENURUNAN BERAT BADAN YANG MENDATAR.

sambungan.....

6.ANDA MASIH KURANG MAKAN

Saya kerapkali mengingatkan orang yang baru bermula mencuba diet SD2 bahawa pantang yang pertama bagi diet ini adalah jangan berlapar.

Kita kena faham bahawa badan kita akan menjadi lebih cekap untuk menyimpan lemak dan hanya menggunakan sedikit tenaga sahaja untuk hidup sekiranya kita makan terlalu sedikit atau selalu berlapar. Dengan kalori yang tersangat rendah hanya akan melembabkan metabolisma kita dan penurunan berat badan akan jadi mendatar.

Makanlah dengan kenyang dan jauhkan diri anda dari berlapar ketika berdiet. Berdiet bukan berlapar tetapi pilih makanan yang membolehkan kita turun berat badan walaupun kita kenyang.











7.ANDA MASIH TIDAK BERSENAM

Walaupun penurunan berat adalah 80% dari berdiet, tetapi senaman memang sangat membantu anda menurunkan berat badan.

Terlalu banyak sebab yang boleh saya terangkan untuk kesihatan anda apabila bersenam dan juga begaimana ia sangat membantu menurunkan serta mengekalkan berat idaman anda.

Diantara perkara yang penting yang perlu anda faham didalam perkara ini adalah tentang faktor kecekapan atau efficiency factor.

Apablia anda mula berdiet, badan anda masih tidak cekap. Untuk membuat kerja yang sedikit ia memerlukan banyak tenaga. Maka anda akan membakar lemak yang banyak serta penurunan berat pun berlaku dengan cepat.

Penurunan anda tidak secepat itu setelah anda lama berdiet. Apabila anda sudah lama berdiet, maka badan anda sudah menjadi cekap. Hanya dengan sedikit tenaga anda boleh membuat kerja yang banyak. Hasilnya, pembakaran lemak menjadi perlahan dan penurunan berat anda juga akan mula mendatar.

Jika anda masih melakukan antiviti atau cara hidup yang sama ketika anda mula-mula berdiet, maka penurunan berat anda sudah tentulah lama kelamaan akan jadi mendatar walaupun anda tetap berdiet. Oleh itu anda perlu tingkatkan aktiviti harian anda dengan bersenam supaya pembakaran lemak dapat ditingkatkan. Pada tahap ini, anda memang kena pergi bersenam. Lakukanlah yang sepatutnya dan jangan salahkan program diet anda jika berat tidak turun.

















8.KADAR MAKANAN BERKARBOHIDRAT MASIH TERLALU BANYAK

Salah satu pelan diet SD2 adalah dengan menjaga pemakanan yang rendah karbohidrat. Besar kemungkinan anda masih memakan makanan berkarbohidrat yang tinggi melebihi kadar yang diperlukan oleh badan anda untuk membakar lemak yang disimpan.

Anda mungkin tak sedar yang anda telah memakan karbohidrat yang tinggi kerana didalam setiap makanan atau minuman masih terdapat karbohidrat tersembunyi. Saya telah menulis tentang jenis-jenis karbohidrat tersembunyi sebelum ini dan jika anda merasa bahawa ini adalah mungkin penyebab penurunan berat anda telah mendatar, maka sila semak kembali setiap jenis makanan yang anda masukkan kedalam mulut dengan mengisi diari pemakanan dan semak setiap kandungan karbohidrat dalam makanan anda dengan merujuk kepada senarai Pengira Gram Karbohidrat atau "Carbohydrate Gram Counter Reference List".

Banyak orang telah bertemu dengan saya dan mengatakan bahawa mereka tidak ada langsung mengambil apa-apa makanan berkarbohidrat. Namun begitu setelah disemak, maka masih banyak karbohidrat tersembunyi yang mereka makan disebabkan masih kurang pengetahuan tentang jenis-jenis makanan berkarbohidrat.

















9.ANDA MUNGKIN KERAP TERLEBIH MAKAN

Walaupun ketika berdiet SD2 tidak ada pantang untuk kurang makan dan anda boleh makan sebanyak mana yang anda mahu tetapi pada tahap ini anda juga perlu perhatikan bahawa adakah anda terlebih makan atau makan terlalu kenyang walaupun makanan tanpa karbohidrat dalam jangka waktu yang kerap ?

Sekiranya anda memakan terlalu kenyang, maka badan anda boleh membakar protien menjadi gula dan secara tidak langsung kita mendapat tenaga dari gula tersebut dan bukan dari lemak yang disimpan. Oleh sebab yang demikian, maka penurunan berat kita akan jadi mendatar.

Jika kita mahu melihat dari perspektif lain tentang isu ini, maka kita boleh juga melihat dari segi konsep pengiraan kalori. Memanglah ketika kita berdiet SD2 atau melakukan diet rendah karbohidrat, maka kita tidak perlu langsung mengam

bil kira tentang konsep pengiraan kalori makanan dan sudah cukup mengira kandungan karbohidrat yang kita makan sahaja. Selalunya kita tidak mungkin atau teramat susah untuk terlebih makan akan jenis-jenis makanan berprotien serta yang rendah karbohidrat dan lemak yang baik.

Namun begitu, jika anda kerap terlebih makan dan selalu sangat mengambil kalori yang berlebihan, besar kemungkinan lemak tidak akan dibakar tetapi anda juga akan menyimpan lemak. Jika anda merasakan ini adalah punca berat anda telah mendatar, cara yang paling baik adalah kurangkan jumlah makanan anda setiap kali anda makan. Makanlah dengan jumlah yang sederhana tetapi lebih kerap seperti 6 kali sehari.




















No comments:

Post a Comment