1. ANDA TELAH MEMBAKAR LEMAK DAN SEDANG MEMBINA OTOT.
Sekiranya anda bersenam, terutama sekali apabila anda bersenam buat kali pertama atau sudah lama tidak bersenam untuk sekian lama dan mula kembali bersenam, besar kemungkinan anda akan membina jisim otot semasa anda membakar lemak. Oleh itu berat anda masih mendatar dan tidak menunjukkan apa-apa penurunan.
Jenis senaman yang anda lakukan juga akan menjadi penyebab kepada masalah ini. Itu sebabnya sekiranya anda ingin menurunkan berat badan, jangan pilih senaman yang mengutamakan berat atau anearobik tetapi pilih senaman cardio atau aerobik.
Kebaikan yang baik ini tidak ditunjukkan oleh timbang anda yang biasa melainkan anda menggunakan timbang yang boleh menganalisa komposisi badan anda. Besar kemungkinan anda akan merasakan perubahan bentuk badan atau kekurangan saiz pingggang anda walaupun berat pada timbang anda tidak berubah. Pada tahap ini tidak perlu risau kerana secara beransur-ansur, timbang anda akan menunjukkan berat anda yang berkurangan oleh sebab pembakaran lemak itu.
2. BADAN ANDA MENYIMPAN AIR (WATER WATER RETENTION) WALAUPUN TELAH MEMBAKAR LEMAK
Badan anda mungkin telah membakar lemak tetapi ia menyimpan air menyebabkan penurunan berat anda mendatar. Perkara ini juga memang kerap berlaku daripada apa yang kita sangkakan.
Apabila kita tidak meminum air yang cukup, buah pinggang kita tidak boleh berfungsi dengan baik dan hati/liver terpaksa bekerja dengan lebih keras. Hati adalah kilang memproses lemak yang utama dan sekiranya dia terpaksa mengambil alih sebahagian kerja yang patut dilakukan oleh buah pinggang maka ia tidak boleh berfungsi sepenuhnya untuk memproses lemak. Ia menyebabkan pembakaran lemak berlaku dengan lebih perlahan dan penurunan berat akan terganggu. Air juga diperlukan untuk membuang bahan toksid hasil pembakaran lemak itu.
Ramai yang masih tidak percaya bahawa air adalah jawapan yang paling baik untuk mengatasi masalah penyimpanan air didalam badan. Apabila kita kurang minu
m air, badan kita akan menyangkakan bahawa ia didalam keadaan bahaya atau musim kemarau sudah datang dan ini menyebabkan ia akan cuba menyimpan air sebanyak yang boleh. Kadangkala ini boleh dilihat apabila tangan, peha dan kaki yang agak membengkak.
Apabila kita meminum cukup air maka masalah "water retention" ini tidak akan berlaku. Badan sudah tidak berada didalam keadaan darurat dan dengan semulajadi ia akan mengeluarkan air yang disimpan daripada menyimpannya.
Oleh itu untuk mengatasi masalah ini pastikan kita meminum air yang cukup. Tidak meminum air yang cukup adalah salahsatu sebab yang kerap berlaku jika berat tidak turun.
No comments:
Post a Comment